Selasa, 09 November 2010

Berlian : Batu Terkuat, Terindah, dan Termahal di Dunia

Share

Berlian merupakan bentuk berkristal, atau karbon allotrop, (allotrop karbon termasuk grafit dan fullerena). Ia merupakan galian yang paling terkenal dan berguna di antara 3,000 galian yang diketahui. Berlian terkenal kerana kualiti fizikalnya yang hebat, terutamanya kekerasannya—perkataan (diamond) diambil daripada bahasa Greek adamas (αδάμας; “mustahil untuk dijinakkan”)—dan keupayaan mereka menyelerakkan cahaya. Ciri-ciri ini dan yang lain menjadikan berlian digemari sebagai barangan perhiasan dan pelbagai kegunaan pengilangan. Kebanyakan berlian dilombong daripada paip gunung berapi, di mana mereka tertinggal oleh gunung berapi yang berasal dalam di perut bumi, yang berasal dari kedalaman sehingga 90 batu (150 km) ke Bumi, di mana tekanan dan suhu sesuai bagi pembentukan berlian.
Berlian yang dipotong cantik
Kebanyakan berlian dilombong dari tengah dan selatan Afrika, walaupun sejumlah besar galian turut dijumpai di Kanada, Russia, Brazil, dan Australia. Sekitar 130 juta Karat (26,000 kg) berlian dilombong setiap tahun, dengan jumlah keseluruhan hampir $9 billion. Sebagai tambahan, hampir empat kali ganda daripada jisim itu dihasilkan oleh manusia sebagai berlian sintetik.
Tarikan berlian sebagai batu berharga terletak kepada kekerasannya dan ciri-ciri optik. Berlian yang digunakan sebagai permata dipotong dan digilap menjadi bentuk banyak sudut bagi meningkatkan kualiti yang menarik ini. Kekerasan berlian membenarkan ia digilap dengan baik dan tahan calar (hanya berlian lain mampu mencalarkan berlian), memberikan kilauan yang baik.
Penyelerakkan cahaya putih kepada warna pelangi, dikenali dalam bidang ini sebagai api, merupakan ciri utama lain permata berlian, dan telah dihargai sepanjang sejarah. Permata berlian biasanya dinilai oleh empat ciri iaitu Karat, Jernih, Warna, dan Potongan – empat C: carat, clarity, color, and cut. Berlian telah dihargai sebagai permata semenjak sekurang-kurangnya 2,500 tahun dahulu apabila ia digunakan sebagai ikon keugamaan di India. Kemashyuran berlian sebagai permata mula meningkat pada abad ke 19 apabila reka bentuk potongan yang dimajukan meningkatkan kualiti bentuk berlian sebagai permata.
Berlian dalam kegunaan pengilangan telah dikaitkan dengan kekerasannya; ciri-ciri ini menjadikan berlian sebagai bahan terbaik bagi perkakasan memotong dan pelicin — penggunaan biasa termasuk mata gergaji dan maa penggerudiatau kegunaan serbuk berlian sebagai bahan geseran (abrasive). Penggunaan khas lain juga wujud atau sedang dimajukan, termasuk penggunaan sebagai semikonduktor; sesetengan berlian biru merupakan semikonduktor semulajadi, berbanding berlian lain yang merupakan penebat yang baik. Berlian berkualiti pengilangan biasanya tidak sesuai unuk kegunaan sebagai permata atau dihasilkan secara buatan, yang menjadikan harga mereka murah dan ekonomik unuk dignakan.
Penggunaan pengilangan, terutamanya sebagai mata penggerudi dan perkakasan mengukir, juga sermula semenjak masa silam. Penghasilan dan pengagihan berlian biasanya terletak dalam kawalan beberapa pemain utama, dan tertumpu dipusat perdagangan berlian traditional (yang paling utama adalah di Antwerp). De Beers Group, berasaskan di Johannesburg, Afrika Selatan dan London, England, merupakan pemain terbesar dalam industri berlian selama lebih seratus tahun; syarikat tersebut dan anak syarikatnya memiliki lombong berlian sendiri yang menghasilkan sekitar 40 peratus penghasilan berlian dunia, dan mengawal saluran pengedaran yang mengendalikan hampir dua per tiga daripada semua berlian dunia.
Sebahagian pertikaian mengenai berlian disebabkan amalan monopoli yang digunakan oleh De Beers termasuk kawalan ketat bagi bekalan dan manipulasi harga, termasuk juga amalan sebahagian kumpulan revolusi Afrika yang menjual berlian pertikaian untuk membiayai akiviti mereka yang sering ganas.

Ciri-ciri bahan

Sel unit kristal berlian
Berlian adalah kristal lutsinar karbon tulen terdiri daripada atom karbon ikatan tetrahedron. Manusia berupaya menggunakan berlian dalam pelbagai kegunaan kerana ciri-ciri fizikal luar biasa. Yang paling jelas adalah kekerasan melampau berlian dan index penyelerakan optiknya. Kedua ciri-ciri ini membentuk asas bagi kebanyakan kegunaan berlian moden.

Ciri-ciri mekanikal

Sruktur kristal: Berlian biasanya berkristal dalam bentuk sistem kristal dan terdiri daripada atom karbon ikatan tetrahedron. Bentuk kedua dikenali sebagai lonsdaleite dengan simetri hexagonal amat jarang dijumpai secara semulajadi, tetapi merupakan ciri-ciri berlian buatan. Bagaimanapun bentuk lain berlian dikenali sebagai karbonado; ini adalah kriptokristal. Berlian jernih, kelabu, atau hitam dengan struktur berputar (radial) seni adalah sferulit.
Susunan atom tetrahedral dalam kristal berlian adalah sumber kebanyakan ciri-ciri berlian; grafit, allotrop bentuk karbon lain, mempunyai struktur kristal rhombohedral dan hasilnya menunjukkan ciri-ciri fizikal dramatik — berlainan dengan berlian, grafit merupakan galian amat lembut, kelabu gelap lut-cahaya.
Struktur ikatan kristal berlian memberikan permata ini kekerasannya dan membezakannya daripada grafit
Ketahanan: Berlian adalah bahan paling keras yang wujud secara semulajadi, dengan 10 pada perbandingan skala Moh kekerasan galian dan mempunyai nilai kekerasan mutlak (absolute hardness) antara 167 dan 231 gigapaskal dalam pelbagai ujian. Kekerasan berlan telah diketahui semenjak masa silam lagi, yang merupakan punca namanya.
Kegunaan pengilangan umum berlian berasaskan pada kekerasan berlian yang luar biasa. Sebagai bahan paling keras yang diketahui wujud secara semulajadi, berlian boleh digunakan untuk mengilap, memotong, atau menghakis sebarang bahan, termasuk berlian lain. Penggunaan pengilangan biasa bagi keupayaan ini termasuk gerudi bermata berlian, dan gergaji.
Kekerasan berlian juga menyumbang kepada kesesuaiannya sebagai batu permata. Kerana ia hanya boleh dicalar oleh berlian lain, ia mengekalkan kilauannya dengan baik, kekal bersinar untuk tempoh yang lama. Tidak seperti permata lain, ia sesuai digunakan setiap hari kerana ia tahan calar — kemungkinannya sebab ia popular sebagai cincin kahwin atau cincin pertunangan, yang sering dikenakan setiap hari.
Kekerasan, tidak sama seperti ketahanan yang hanya menunjukkan ketahanan kepada calar, kekerasan berlian hanyalah pada serdahana baik. Kekerasan berkait dengan keupayaan sesuatu bahan daripada pecah akibat hentaman. Sebagaimana bahan lain, geometri makroskopik berlian menyumbang kepada ketahanannya daripada pecah. Berlian yang dipotong dalam bentuk tertentu lebih mudah pecah berbanding potongan cara lain.
Warna: Berlian terbentuk secara semulajadi mempunyai pelbagai kilauan warna — jernih, puih, biru, kuning, merah, hijau, merah jambu, perang, — atau warna hitam. Berlian dengan warna kelihatan dikenali sebagai “berlian bewarna”. Berlian bewarna mengandungi bendasing atau kecacatan struktur yang menyebabkan pewarnaan, sementara berlian tulen atau hampir tulen adalah jernih dan tanpa warna. Kebanyakan bendasing berlian menggantikan atom karbon dalam jaringan kristal. Bendasing paling biasa, nitrogen, menyebabkan sedikit warna kekuningan atau keperangan.
BERLIAN TERMAHAL DIDUNIA
Berlian terkenal kerana kualiti fizikalnya yang hebat, terutamanya kekerasannya—perkataan (diamond) diambil daripada bahasa Greek adamas (αδάμας; “mustahil untuk dijinakkan”)—dan keupayaan mereka menyelerakkan cahaya.
http://priscomline.com/go/index/images/news/20.jpg
Ketahanan: Berlian adalah bahan paling keras yang wujud secara semulajadi, dengan 10 pada perbandingan skala Moh kekerasan galian dan mempunyai nilai kekerasan mutlak (absolute hardness) antara 167 dan 231 gigapaskal dalam pelbagai ujian. Kekerasan berlan telah diketahui semenjak masa silam lagi, yang merupakan punca namanya.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEifGqBLcYaccv5Gto4jNdeLdKWVZkzurt5zWDtOYFZRXPsEisGKRyODl-90EkjVe1RjiXelVU0dMsM39_UMmnP3YXcQ-6oRBNMd_70n5fo1ule0LzN2c9ck8YdvbWyfocIn71wN4U_MVyA/s400/84+Carat+Diamond.jpg
Kekerasan, tidak sama seperti ketahanan yang hanya menunjukkan ketahanan kepada calar, kekerasan berlian hanyalah pada serdahana baik. Kekerasan berkait dengan keupayaan sesuatu bahan daripada pecah akibat hentaman. Sebagaimana bahan lain, geometri makroskopik berlian menyumbang kepada ketahanannya daripada pecah. Berlian yang dipotong dalam bentuk tertentu lebih mudah pecah berbanding potongan cara lain. https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEge_CuCXgz7r8bR3_V_MGNJJHku-hMUNP8VKaUHgl4eilUIw4VhB0TpL7Gwi6GUnTYkwNPcz1sWiX2N7NmDqzRLZR2Uk8FtVGRdbYh-yZW5yLRHhxSLTNU97YaZArWpgzR-kR10nuNsF3o/s320/913652-11305709052008@berlian.jpg
http://komunitaspenaksir.files.wordpress.com/2009/01/tren01.jpg
Warna: Berlian terbentuk secara semulajadi mempunyai pelbagai kilauan warna — jernih, puih, biru, kuning, merah, hijau, merah jambu, perang, — atau warna hitam. Berlian dengan warna kelihatan dikenali sebagai “berlian bewarna”. Berlian bewarna mengandungi bendasing atau kecacatan struktur yang menyebabkan pewarnaan, sementara berlian tulen atau hampir tulen adalah jernih dan tanpa warna. Kebanyakan bendasing berlian menggantikan atom karbon dalam jaringan kristal. Bendasing paling biasa, nitrogen, menyebabkan sedikit warna kekuningan atau keperangan.
http://lck-rahmad.blog.friendster.com/files/milleniumstar2808_468x589.jpg
http://solocybercity.files.wordpress.com/2009/06/berlian1.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi96maXxCSI0X8tfpbjFDbkEoj3ZU9ffeNzPK9wAWqCE7G0c7VImkKqpWNB41q9tmeQprWQneR97JviktL6N5-SukZjHqy2W3HCRw6jTOacYNDbEUJHN-nPuiNviIj9uRP34CaChtm0jOaa/s320/berlian-300.jpg
Harga: Sekarang tercatat Berlian Wittelsbach yang dibuat 1664 merupakan ‘mas kawin’ pertunangan Raja Leopold I dari Austria kepada seorang putri Spanyol, Infanta Magarita Teresa. Pada 1722 berlian itu masuk ke dalam trah keluarga Wittelsbach, sebuah keluarga bangsawan Eropa. Berlian yang dilelang Christie’s di London itu dibeli Laurence Graff (69) dengan £16,4 juta, atau sekitar Rp244,7 M!

sumber http://korananakindonesia.wordpress.com

0 komentar:

Posting Komentar